Laman Portal Rasmi SMKDAA yang baru (KLIK GAMBAR)

PENUTUPAN LAMAN BLOG SMKDAA DAN PENGGANTIAN KE LAMAN PORTAL RASMI SMKDAA

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Arshad, Batu Anam Segamat, kini maju setapak lagi dengan wujudnya laman portal rasminya bagi menggantikan laman blognya sebelum ini. Laman web ini dibangunkan oleh guru sekolah ini sendiri dengan sokongan kuat dari pihak pentadbiran sekolah dan PIBG SMKDA. Walaupun laman ini masih dalam proses penambahbaikkan dan pengisian maklumat, namun, ia sudah boleh dilayari di alamat www.smkdaa.portal2u.net.

Seluruh Warga SMKDA dijemput untuk melayari serta mendaftar sebagai pengguna laman ini. Menariknya, portal ini dilengkasi dengan sistem 'integrated Social Login' dimana pengguna boleh terus mendaftarkan dan log masuk melalui akaun Facebook dan Tweeter serta Gmail yang ternyata memudahkan proses pendaftaran tanpa perlu mengisi borang pendaftaran pada bahagian Log Masuk. Pengguna hanya perlu menekan simbol 'Facebook'/Tweeter' yang terletak dibahagian bawah butang Log In.

Selain kemudahan Pendaftaran dan Log Masuk berintegrasi seperti yang disebutkan di atas, ahli berdaftar boleh berkongsi maklumat / artikel didalam laman ini kedalam Facebook / Tweeter, dengan tersedianya butang 'Like' atau 'Tweet' Selain itu ahli berdaftar juga boleh berkongsi melalui fungsi 'Facebook Share'. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, diharapkan memperkembangkan laman ini seiring dengan perkembangan dan trend media sosial terkini.

Laman ini juga memuatkan ruangan yang pembelajaran seperti halaman forum/ perbincangan, muat turun soalan peperiksaan/ ulangkaji, bahan pembelajaran, serta pautan yang berkaitan dengan dunia pendidikan.

Semua pelawat atau ahli laman ini di alu-alukan memberi komen yang membina, serta menyumbang idea yang bernas dalam usaha meningkatkan lagi fungsi laman ini. Sebarang idea dan pandangan anda boleh dihantar ke ruangan peti pesanan, atau melalui email webmaster,cekgu_zal@yahoo.com.my.

Di harapkan dengan sokongan dan idea bernas dari anda dapat menghasilkan sesuatu yang sangat bermakna buat semua.

Terima kasih .
Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.
Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.